Home » Panggil Aku Melaju by Rahmat Haroun
Panggil Aku Melaju Rahmat Haroun

Panggil Aku Melaju

Rahmat Haroun

Published
ISBN :
Paperback
393 pages
Enter the sum

 About the Book 

Dalam era globalisasi ketika bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa intelektual dan bahasa ekonomi, pejuang bahasa Melayu dipinggirkan dalam masyarakatnya sendiri. Dr. Ridzuan, ahli arkeologi dan pejuang bahasa Melayu yang terkenal di salahMoreDalam era globalisasi ketika bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa intelektual dan bahasa ekonomi, pejuang bahasa Melayu dipinggirkan dalam masyarakatnya sendiri. Dr. Ridzuan, ahli arkeologi dan pejuang bahasa Melayu yang terkenal di salah sebuah universiti tempatan telah mengalami nasib yang sama hingga menyebabkan beliau diserang oleh penyakit mental yang serius. Justeru, semasa beliau dirawat di Institut Mental Negara, beliau telah menunjukkan perlakuan yang aneh dan mendakwa bahawa beliau ialah orang Melaju dan bukannya orang Melayu. Ketika beliau dirawat di Institut Mental Negara, berlaku pembunuhan bersiri terhadap pesakit wanita di institut tersebut, dan beliau antara pesakit yang disyaki melakukan pembunuhan itu. Walau bagaimanapun, pihak polis akhirnya mendapati bahawa pembunuhan bersiri tidak dilakukan oleh Dr. Ridzuan, tetapi pembunuhan tersebut dilakukan oleh Datuk Kamarudin, Pengarah Institut Mental Negara yang juga mengalami tekanan mental yang serius. Akan tetapi, pihak polis dan pendakwa raya tidak dapat mengheret beliau ke muka pengadilan kerana beliau telah meninggal dunia. Novel Panggil Aku Melaju, garapan Dr. Rahmat Haroun Hashim, seorang pengamal perubatan moden yang meminati sastera wajar dibaca oleh masyarakat Malaysia, khususnya pencinta bahasa dan kebudayaan Melayu. Dr. Rahmat Haroun Hashim telah memanfaatkan pelbagai disiplin ilmu, misalnya ilmu perubatan, kejuruteraan, sejarah, seni bina, dan sebagainya untuk dicerna dalam novel beliau yang menarik ini.